Tuesday, 2 June 2015

microsoft excel

                                MICROSOFT EXCEL



  • Microsft Excel merupakan aplikasi perisian lembaran kerja yang popular yang dihasilkan oleh Microsoft Corporation. Penggunaannya lebih kepada menghasilkan pelbagai jenis lembaran kerja termasuk yang menggunakan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta.



  • Contohnya, anda boleh membangunkan satu Aplikasi Penilaian Akademik Murid dengan membuat pengiraan gred dan penjanaan graf. 



  • Selain daripada itu, ia juga popular digunakan dalam perakaunan.


sijil













GIMP



       PENYUNTINGAN GAMBAR MENGGUNAKAN GIMP


  • Perisian GIMP atau dikenali sebagai GNU Image Maniipulation Program merupakan salah satu perisisan sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public Licene (GPL)
  • Perisian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai sistem operasi seperti Ubuntu, Window, Linux, Apple, Fedora dan Open Suse.
  • Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubah suai foto, memanipulasi imej, dan membentuk imej.




microsoft word



MICROSOFT WORD

Microsoft Office Word ialah perisian pemproses kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. 
Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem Microsoft Office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau dimuatkan dalamMicrosoft Works. Mulai versi 2003, penjenamaanya diubah suai untuk mengetengahkan identiti Word sebagai satu komponen dalam bungkusan Office: Microsoft mula memanggilnya Microsoft Office Word dan bukannya Microsoft Word lagi. Kedua-dua nama tersebut digunakan dengan sama-rata. Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007.
Fail-fail dokumen Microsoft Word boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di samping sokongan format lama dokumen Word.