Saturday, 23 May 2015

musim luruh



IMEJ MUSIM LURUH




  •  Musim luruh atau Musim Gugur (bahasa Inggeris: autumn) adalah salah satu dari empat musim di daerah beriklim serdahana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.


  •   Dalam zon berhawa sedang, musim luruh adalah musim di mana    kebanyakkan tumbuhan ditunai, dan pokok-pokok deciduous menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia.


            KEJADIAN EMPAT MUSIM



  • Kejadian emapt musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.
  • Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kira-kira  365¼ hari.


KEJADIAN 4 MUSIM

a)  Ekuinoks Musim Bunga

  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim bunga di Hemisfera Utara
  3. Musim luruh di Hemisfera Selatan
  4. Siang dan malam sama panjang
b) Solstis Musim Panas
  1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan
  2. Musim panas di Hemisfera Utara
  3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan
  4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  5. Matahari tengah malam di Kutub Utara
c) Ekuinoks Musim Luruh
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan
  3. Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia
d) Solstis Musim Sejuk
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi
  2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
  3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan






musim sejuk

Musim sejuk (Musim dingin atau musim salju) ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut pemahaman astronomi dan menyatakan bahawa musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir apda ekuinoks musim bunga. Jika dihitung secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks atau solstis berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya. Apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk dan, terutamanya di latitud atau altitud lebih tinggi, salji dan ais. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai.







MUSIM SEJUK


PERGERAKAN BUMI

Pergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu:
  1. Putaran Bumi
  2. Peredaran Bumi



Putaran dan peredaran Bumi. Bumi berputar di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari


Info: 
  • Pergerakan bumi: Putaran bumi pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bumi.
  • Putaran bumi: Pergerakan bumi dari barat ke timur.
  • Peredaran bumi: Pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.


Putaran Bumi
  • Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak.
  • Putaran bumi dari barat ke timur
  • Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.
  • Satu putaran mengambil masa 24 jam.


Kutub Utara dan Kutub Selatan

Kesan Putaran Bumi

1. Kejadian Siang dan Malam
  • Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang.
  • Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.


Kejadian Siang dan Malam




Peredaran Bumi
  • Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
  • Satu peredaran bumi  365¼  hari atau setahun.
  • Kesan peredaran bumi:
          a) Pengiraan tahun dan tahun lompat.
          b) Gerhana matahari
          c) Gerhana bulan
          d) Kejadian empat musim


Kesan Peredaran Bumi

1. Gerhana
  • Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.
  • Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.
  • Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.
  • Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.
a) Gerhana Bulan
  • Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.
  • Bulan memperoleh cahaya daripada matahari.
  • Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi.
  • Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.



Kejadian Gerhana Bulan



Fasa Gerhana Bulan



b) Gerhana Matahari
  • Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi
  • Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.



Kejadian Gerhana Matahari


Gerhana Matahari















musim bunga






  • Musim bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan. Musim bunga bermula di Vernal Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan).

  •    Seperti dalam musim panas, paksi Bumi adalah mereng sedikit ke arah matahari, dan panjang waktu siang dengan lebih cepat apabila meningkatnya garis latitud. Hemisfera bermula dengan panas sedikit, menyebabkan tumbuhan baru tumbuh kemudiannya berbunga, memberikan musim begini namanya (sila lihat Kesan sudut matahari ke atas iklim). Salji mula untuk mencair, dan sungai-sungai dan jeram dipenuhi dengan hujan dan aliran air. Kebanyakan pokok berbunga akan mengeluarkan bunga pada tahun ini, dalam satu kejayaan yang bermula walaupun salji masih berada di atas tanah, dan masih ada hingga masuk k awal musim panas. Di dalam kawasan yang tidak bersalji, "musim bunga" mungkin bermula paling awal bulan Februari semasa tahun-tahun yang lebih panas, dengan kawasan-kawasan subtropik mempunyai perbezaan yang sangat perlahan, dan tropik pula tiada langsung. Kawasan-kawasan Subartik mungkin tidak dapat melihat "musim bunga" sehingga bulan Mei atau mungkin Jun, atau Disember di dalam kawasan lingkaran luar Antartika.
 

                  CUACA DAN IKLIM MALAYSIA


Negara kita mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Iklim ini dialami oleh kawasan yang terletak pada atau berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Terdapat empat ciri-ciri iklim di Malaysia iaitu :


1. Iklim
  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
  • Panas dan lembap sepanjang tahun
  • Siang dan malam hampir sama panjang setiap hari
2. Suhu
  • Suhu yang tinggi sepanjang tahun
  • Min suhu tahunan adalah kira-kira 27oC
  • Julat suhu tahunan adalah kecil kira-kira 1oC hingga  3oC

3. Angin
  • Dipengaruhi oleh sistem angin utama
           - Angin Monsun Timur Laut
           - Angin Monsun Barat Daya
           - Angin Sumatera
  • Sistem angin tempatan
           - Bayu laut
           - Bayu darat

4. Hujan
  • Hujan lebat sepanjang tahun
  • Jumlah hujan tahunan ialah kira-kira 2600mm
  • Kebanyakannya hujan perolakan
  • Hujan maksimum turun pada musim peralihan monsun di kebanyakan kawasan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CUACA DAN IKLIM MALYSIA

1. Kedudukan
  • Kedudukan Malaysia berhampiran Khatulistiwa menyebabkan suhunya tinggi
2. Ketinggian
  • Ketinggian mempengaruhi suhu di sesuatu tempat. Contohnya
    • Kuala Lumpur (39m) - Min suhu tahunan (26oC)
    • Tanah Tinggi Cameron (1448m) - Min suhu tahunan (18oC)
  • Setiap kenaikan 165m, suhu turun  1oC
  • Semakin tinggi sesuatu tempat semakin rendah suhunya

3. Angin Monsun
  • Angin monsun menyebabkan taburan hujan di Malaysia
  • Taburan hujan:
    • Kawasan paling lebat ialah Bukit Larut
    • Kawasan sangat kering ialah Kuala Pilah


4. Kepulauan
  • Kawasan yang berhampiran dengan laut mempunyai julat suhu yang lebih besar
  • Kawasan pedalaman mempunyai julat suhu yang lebih kecil. Contoh:
    • Kuala Pahang (6.4oC)
    • Temerloh (9.4 oC)

sahabat



ibuku sayang




doa cinta




cinta selembut sutera