- Musim bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan. Musim bunga bermula di Vernal Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan).
- Seperti dalam musim panas, paksi Bumi adalah mereng sedikit ke arah matahari, dan panjang waktu siang dengan lebih cepat apabila meningkatnya garis latitud. Hemisfera bermula dengan panas sedikit, menyebabkan tumbuhan baru tumbuh kemudiannya berbunga, memberikan musim begini namanya (sila lihat Kesan sudut matahari ke atas iklim). Salji mula untuk mencair, dan sungai-sungai dan jeram dipenuhi dengan hujan dan aliran air. Kebanyakan pokok berbunga akan mengeluarkan bunga pada tahun ini, dalam satu kejayaan yang bermula walaupun salji masih berada di atas tanah, dan masih ada hingga masuk k awal musim panas. Di dalam kawasan yang tidak bersalji, "musim bunga" mungkin bermula paling awal bulan Februari semasa tahun-tahun yang lebih panas, dengan kawasan-kawasan subtropik mempunyai perbezaan yang sangat perlahan, dan tropik pula tiada langsung. Kawasan-kawasan Subartik mungkin tidak dapat melihat "musim bunga" sehingga bulan Mei atau mungkin Jun, atau Disember di dalam kawasan lingkaran luar Antartika.
CUACA DAN IKLIM MALAYSIA
Negara kita mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Iklim ini dialami oleh kawasan yang terletak pada atau berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Terdapat empat ciri-ciri iklim di Malaysia iaitu :
1. Iklim
- Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
- Panas dan lembap sepanjang tahun
- Siang dan malam hampir sama panjang setiap hari
2. Suhu
- Suhu yang tinggi sepanjang tahun
- Min suhu tahunan adalah kira-kira 27oC
- Julat suhu tahunan adalah kecil kira-kira 1oC hingga 3oC
3. Angin
- Dipengaruhi oleh sistem angin utama
- Angin Monsun Timur Laut
- Angin Monsun Barat Daya
- Angin Sumatera
- Sistem angin tempatan
- Bayu laut
- Bayu darat
4. Hujan
- Hujan lebat sepanjang tahun
- Jumlah hujan tahunan ialah kira-kira 2600mm
- Kebanyakannya hujan perolakan
- Hujan maksimum turun pada musim peralihan monsun di kebanyakan kawasan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CUACA DAN IKLIM MALYSIA
1. Kedudukan
- Kedudukan Malaysia berhampiran Khatulistiwa menyebabkan suhunya tinggi
2. Ketinggian
- Ketinggian mempengaruhi suhu di sesuatu tempat. Contohnya
- Kuala Lumpur (39m) - Min suhu tahunan (26oC)
- Tanah Tinggi Cameron (1448m) - Min suhu tahunan (18oC)
- Setiap kenaikan 165m, suhu turun 1oC
- Semakin tinggi sesuatu tempat semakin rendah suhunya
3. Angin Monsun
- Angin monsun menyebabkan taburan hujan di Malaysia
- Taburan hujan:
- Kawasan paling lebat ialah Bukit Larut
- Kawasan sangat kering ialah Kuala Pilah
4. Kepulauan
- Kawasan yang berhampiran dengan laut mempunyai julat suhu yang lebih besar
- Kawasan pedalaman mempunyai julat suhu yang lebih kecil. Contoh:
- Kuala Pahang (6.4oC)
- Temerloh (9.4 oC)
No comments:
Post a Comment