MUSIM SEJUK
PERGERAKAN BUMI
Pergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu:
- Putaran Bumi
- Peredaran Bumi
Putaran dan peredaran Bumi. Bumi berputar di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari
Info:
- Pergerakan bumi: Putaran bumi pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bumi.
- Putaran bumi: Pergerakan bumi dari barat ke timur.
- Peredaran bumi: Pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.
Putaran Bumi
- Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.
- Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak.
- Putaran bumi dari barat ke timur
- Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.
- Satu putaran mengambil masa 24 jam.
Kutub Utara dan Kutub Selatan
Kesan Putaran Bumi
1. Kejadian Siang dan Malam
- Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang.
- Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.
Kejadian Siang dan Malam
Peredaran Bumi
- Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
- Satu peredaran bumi 365¼ hari atau setahun.
- Kesan peredaran bumi:
a) Pengiraan tahun dan tahun lompat.
b) Gerhana matahari
c) Gerhana bulan
d) Kejadian empat musim
Kesan Peredaran Bumi
1. Gerhana
- Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.
- Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.
- Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.
- Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.
a) Gerhana Bulan
- Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.
- Bulan memperoleh cahaya daripada matahari.
- Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi.
- Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.
Kejadian Gerhana Bulan
Fasa Gerhana Bulan
b) Gerhana Matahari
- Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi
- Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.
Kejadian Gerhana Matahari
Gerhana Matahari
No comments:
Post a Comment